Sabtu, 18 September 2010

tanggung jawab suami isteri

Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.


Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.
(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Jumaat, 17 September 2010

PERJALANAN HIDUPKU DAN DIA

pengalaman yang tak penah ku lupakan..menjadi memory antara aku dan dia..ku kenalinya di bangku akhir sek. men. tidak ku sangka hanya sekali je bertemu kami menjadi kawan..setelah aku habis spm aku melanjutkan pelajaranku di peringkat diploma.aku mengenalnya dengan lebih akrab di sem pertama aku menuntut.pelbagai situasi yang kami lalui..kali pertama bertemu dia aku rasa merah padam muka aku.tapi dia selambe je..bajet macho lah tu.dia naik bas bersama,makan bersama jalan.seronok i;le waktu tu.dia ceritakan kisah hidupnya.dia pandai mengambil hatiku,dia sering membuat ku ketawa.mula2 rasa macam tak de lah suka sgt kat dia..tapi after dah couple rasa serasi dan saling faham memaham tua ader..berapa kali waktu sem 4 dan sem 5 dia kata nak merisikk dan bertunag tapi aku tolak kerana aku takut mak marah ye lah belum habis study lagi aku dah ada orang mintak.jadi aku mintak tangguh hingga akhir belajar.kami rancang nak  kawain 1/1/11 tetapi jodoh kami awal kami dinikahkan pada 18/6/2010.

setelah 4 tahun perkenalan kami diijab kalbulkan..bertapa indahnya ku rasa..cinta kami akhirnya ke jinjang pelamin.semoga jodoh kami hingga ke akhir hayat kami.ramai kawan ku yang tak sangka aku mahu bernikah di usia yang muda..maklumlah jodoh pertemu,ajal maut di tahan tuhan.kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya.

seterusnya kita kana bersambung kisah ini dalam episod DETIK KU MENJADI MILIKMU...

my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...