Selasa, 22 November 2011

Dalam Kegembiraan di bibirku Hatiku menangis

ya allah ampunkan doasaku.bukan ku pinta  untuk jadi bergini.apa yang berlaku adalah ketentuanmu
ku redo n ikhlas segala ujian yang kau berikan padaku kerana aku adalah hambamu ya allah.ya allah aku tak sekuat yang ku sangka.aku bersyukur kerana masih memeliharaku.sedangkan aku kadang2 terlena dibuai kelalaian kesedihanku.tapi aku yakin "ku fayakun" darimu ya allah.


ya allah izinkan ku meluahkan rasa dalam blogku ni untuk tatapan masa hadapanku.bukan niat untuk mengaibkan rumah sesiapa tapi sekadar meluahkan perasaan yang lahir darilubuk hatiku.
pertama kali aku disahkan hamil pada ogos 2010 tetapi usia kandunganku tidak bertahan lama.aku keguguran pada dec 2010 (16 week).bertapa aku meratap menagis atas permergianya.di saat itu aku leka akan kesedihan yang ku alami.aku terlupa ada orang lain yang mempunyai dugaan lebih berat dariku..setelah aku disahkan hamil buat kali ke2nya baru lah aku tersedar.segala yang bernyawa(hidup)pasti akan (mati) kembali ke penciptanya.


bergitu juga dengan aku.aku pasti suatu hari nanti aku jua kan kembali kepada penciptanya.hanya allah  sahaja yang tahu masa,tempat,dan ketika nya...manusia sering bertanya SOAL JODOH.ANAK, Dll.padahal manusia itu tahu bahawa hidup,mati,jodoh,anak semua nya adalah ketentuan allah.semua itu adalah kerja Allah.kenapa manusia sibuk semua itu.sedangkan tugas yang allah berikan kepada manusia tidak pula manusia ambil berat(cakna).sepatutnya manusia fikir adakah aku ni telah menjadi khalifah yang baik? adalah amalanku cukup ku ku bawa ke alam akhirat.alam kekal abadi? adalah ku sudah bersedia melayari hidup ini seperti allah kehendaki dan suruhan nabiku? tapi hanya segelintir sahaja yang memikirkanya.termasuk lah diriku yang lalai sekarang aku sedar bahawa allah buat semuaya adlah yang terbaik untuk umatnya.
kita tidak tahu apa yg berlaku dimasa akan datang.sedangkan  pencipta kita (ALLAH) mengatahiu segalanya.SUBAHANALLAH WALHAMDULILAH WA ALA ILA HA'IL'LALLAH WALLAH U'AKHBAR.


setelah usia kandungan ku 12 minggu aku keguguran buat kali yang ke 2.tapi kali ini akau lebih tabah dan pasrah setelah ku berusaha menjaganya  dgn baik tapi mungkin jua bukan rezekiku.aku keguguran pada malam raya ramadhan tahun ini iaitu 29 /8/11. semua ahli keluarga yang terdekat memahami aku waktu itu.aku tidak banyak bercakap ttp hanya tersenyum..menunjukan aku kuat dimata mereka.ku tidak mahu mereka tahu apa yang ku rasai saat itu.hanya mampu tersenyum bila rakan2,sanak saudara menyoal tentang anak.tanpa aku sedari aku telah hamil buat kali yang ke3 pada 28/10/11.pada dasarnya ku pi ke klinik unutk ambil vitamin sayur n tambah darah merah kerana selalu rasa letih& lesu.aku bersyukur dan berharap sangat yang ke3 ni akan lahir dgn selamat pada tahun depan.aku banyakan solat sunat tanda ku bersyukur pada allah tetepi apa kan dayaku.allah maha mengatahui apa yang dicorakan utkku.ku diuji lagi buat kali ke3 aku gugur pada 10/11/11(7 week).dan aku pantang macam biasa.kini aku hanya mampu berdoa.berusaha& bertawakal padamu ya allah kerana pasti allah akan berikan ku zuriat buatku dan hubby suatu hari nanti.


buat teman2 yang senasib denganku jangan putus asa,berdoalah kerana allah itu maha mendengar,berusahalah selagi termampu.bersangka allah baik pada allah pasti adalah sedang mencoret yang terbaik untuk kita.pesanan buat diriku juga jgn mudah tersinggung dgn soalan soal anak.kerana aku harus serahkan jawapan semua pertanya itu pada allah kerana DIA sahaja yang tahu jawapanya.mungkin diriku diuji dengan bergini,sedangkan orang lain diberi ujian lebih berat daripada ini.

Selasa, 15 November 2011

malas melanda diriku

salam semua sejak akhir-akhir ni penyakit malas pada ku..
sejak aku keguguran yang ke 3 ni akau terlalu sensitif dan malas nak menaip..
ku pasti pasti nanti seletah putih semangat ku aku akan berblog kembali..

kat sini ku nak bercoloteh tentang keguguran yang ke 3 ni.

1- ku rasa senak pada ari-ari 4 hari..sakit sangat sampai nak berdiri tegak pun susah.
2-sensitif asik menagis je
3-mimpi orang mencuri barang yang saya sayang sangat
4-banyak angin
5-bresst sangat sensitif
6- pi chek kembar
ku keguguran usia kehamilan 7 minggu..hanya allah yang tahu bertapa sedih n pilunya..sehingga kini akau redo& ikhlas atas segala ujian darinya..ku harap n berdoa agar allah kurniakan aku zuriat suatu hari nanti.amin..

buat hubby:-
terima kasih menjaga ku dalam pantang dan berkorban cuti buat ku
terima kasih kerana memahamiku
terima kasih kerana melalui dugaan ni bersamaku
habby adalah suami yang terbaik buatku..

Selasa, 18 Oktober 2011

Hubby Ku Makenik Ku

selamat pagi..ni saya nak bercoleteh sedikit..hari ni mood suami sangat baik..asik senyum-senyum je..
hehehhe..Kelakar pula Tengok habby asik senyum-senyum dan bersiol2..riang ria hati hubby saya hari ini..saya macam biasalah sibuk di dapur mengemas dan memasak..runting harian selepas balik kerja..tapi hari ni saya dan habby ambik cuti half day..eh..lupa  plak habby ku kerja sendiri..syarikat bersama kawan2 dia..suami saya ni wat  wiring electricity.share 4 orang..hehehe..Habby balik awal kaerja hari ni..
dalam saya sibuk di dapur saya lihat Habby sibuk ambik barang kat store.dalam hati saya apalah habby ni wat ni..siap je memasak per lagi di jenguk2 habby la..la rupa2nya habby baiki kereta..setahu saya habby dok pandai pun baiki2 kerata ni..tetiba je..biaanya call je member habby (makenik )tu ni habby wat sendiri..cayalah..hehehehe..dialong kami di bawah:

saya: pandai dok abg baiki kereta ni??nanti  tambah rosak plak..sambil ketawa..

Hubby: tengok tangan lah..ketawa besar..

saya: ye lah tu..

hubby: ye lah abg nak baiki ni..tengok lah abg pasti berjaya..hehehe
            abg kan makenik sambilan
 saya: ye ke..tak tahu lah sayang..biar betul..hehehehe

hubby: betul lah..

ku pun masuk umah kemas rumah pulak..malas nak tengok habby sibuk dengan kereta..after 1 jam........

hubby:sayang mari sekejap..

saya: ye by..

hubby: tara....dah siap cuba test ok tak

saya : bereh bos

hubby:erm..

saya: wah dah tak senguk2 ladi lah..start pun tak mati pun..kalau tak asik mati je..kena 2/3 kali start baru  ok.ni sekali start je dah ok..bijok ar hubby ambe..

hubby: biasa ar abg kan bijok..hahaha

saya: thz habby ..kami sama2 ketawa..

antara gambar2 habby membaiki kereta..

ni lah hubby ku yang sibuk baiki kereta

Isnin, 17 Oktober 2011

Mee Goreng

Assalamualaikum..hari yang ceria..hari ni menu Mee Goreng.ni adalah pemintaan hubby sebab dah lama  tak makan mee goreng isteri dia..hehehe..last habby makan Mee Goreng saya Hari raya ke 14..hehehehehehe
selalunya hari jumaat je ku banyak masak banyak2 tapi atas permintaan hubby hari ni banyak ku masak...habis licin Hubby makan Mee Goreng saya..hehehehe..syukur suka saya tengok Hubby makan waktu tu..seperti di hargai sangat..siap habby kata semalam habby makan kat kedai tak sesedap masakan isteri by.ok lah resepinya di bawah..

ni lah Mee Goreng ZahraAdisufiz
selamat mencuba..

bahan-bahan
  • mee kuning satu bungkus
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 sd cili boh @ cili mesin sendiri
  • garam sedikit
  • gula sedikit
  •  1 sd sos tiram,
  • tauge & sawi sedikit
  • fishball,udang,daging yang sudah siap direbus sampai empuk
  • 2 sd cili sos

Cara-cara

  1. Seperti biasa ..panaskan minyak dan tumiskan bebahannya..
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah,sehingga nampak agak garing
  3. Masukkan daging,fishball,udang..cili sos,dan cili boh..boleh ditambah kan dengan air 
  4. Tambahkan gula dan perasa..kalo rase nak masin boleh taruk kicap cair ..sedikit saja,sbb mee sememangnya sudah masin
  5. Last..taruk tauge dan sawi ..kacau kacau dan balik balikkan mee..
  6. sedia untuk dimakan..

Sabtu, 15 Oktober 2011

Doa Kasih Sayang Suami Isteri



Bagi yang dah berumah tangga macam saya marilah kita bersama-sama amalkan doa kasih sayang ni..supaya jodoh kita,kasih sayang kita suami isteri akan berkekalan hingga hayat..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kek Milo

salam semua..semoga semuanya sihat-sihat belaka ye..erm hari ni hari jumaat yang indah..mood rajin je..hari ni saya buat kek Milo kukus la..maklum lah rumah saya tak de oven.apa2 pun kukus je lah..tu je lah yang ada..kalau ada rezeki nanti saya nak beli oven lah..hehehe..kalu kak umh mak mesti best sebab ada 2 oven.satu oven nenek saya buat bahulu..dulu saya selalu tolong nenek buat kek bahulu tempahan pun banyak tapi sekarang nenek pun dok rok dah..lagipula saya dah kahwin dan juk jauh jadi tak de orang nak tolong.nenek saya masak memenag terbaik..eh..eh..dah melarat plak saya ni..hehhehe maaf je terlanjur ingat nenek dikampung..nnt saya cerita pasal nenek kesaynagan saya je..hari ni saya nak bagi resepi kek Milo..senang je buat kek Milo ni..resepinya di  bawah ni ye..


ni lah kek saya..maaf lah tak pandai nak deko..hehehhe
selamat menjamu selera..


bahan2
1 cwn milo
1 cwn gula pasir
1cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan mentega
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sd soda bikarbonat
1 sd serbuk penaik
3 biji telur
cara2:
1-masak milo,gula,susu,mentaga dan minyak seketika.
2-ayak tepung.sodabikarbonat,serbuk penaik.
3-pukul telur sehingga kembang.campurkan bahan yang dimasak tadi seta masukan sedikit demi sedikit bahan yang yang diayak.pukul sehingga sebati.
4-panaskan kukus.setelah panas kukus kan kek milo selama 1 jam 15 minit.dah siap bolehlah dimakan.

Rabu, 12 Oktober 2011

doa awal tahun dan akhir tahun hijrah


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke

Selasa, 11 Oktober 2011

Kek Batik Marrie

 salam semua..hari ni saya nak kongsi cerita pasal kek batik marrie saya ni yang dah berlapok kot dalam buku resepi saya tu..hehheheh..maklum lah dah lama tak buat terpaksalah tengok buku resepi balik.resepi ni saya wat masa tingkatan 3.ni dah kawin baru nak wat balik.gara-gara ku nak wat ni sebab hubby ku beli biskut marrie banyak sangat dia kata teringggin nak makan biskut marrie.last2 wife dia ambik sikit biskut marrie diawat kek batik..hehehe..dah wat malam tu ada kawan2 hubby datang..dan molek lah makan sama-sama.dah saya paling suka habis licin pinggan dan wife kawan hubby siap mintak resepi lagi..hehehee
dan hari ni saya nak share resepi ni di blog saya..ni lah rupa kek batik marrie saya.


Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

 

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

AYAM PERCIK

AYAM PERCIK KESUMA DEWI
Bahan A
8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]
10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat

1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

sumber dari: chef hanieliza

KETUPAT SOTONG

KETUPAT SOTONG


Bahan-bahannya:1 kg sotong
400 gm beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 s/b halba
4 cawan santan [1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 s/k gula
garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Ahad, 9 Oktober 2011

Sabtu, 8 Oktober 2011

puding roti karamel,

Bahan-bahan :3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis 
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna کونینگ

Cara-cara:- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.

Jumaat, 7 Oktober 2011

kek coklat kukus moist

 
 
Bahan2:

2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda

*semua bahan2 ni diayak...

3 biji telur

2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)

1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)

1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)

1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat



Cara Membuatnya:

- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.

- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)

- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)

- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.

- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.

- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.

- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).
- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.
- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.

- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

Puding Roti Karamel Lapis Coklat

 Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning

kerabu sotong mangga

 

KERABU SOTONG MANGGA ADISUFIZ

 

 

 

 

 

Bahan-bahan ( 4-6 )

  • 1 biji mangga muda (diparut)
  • 2 ekor sotong- bersihkan dan rebus
  • 3 batang cili padi  ( hijau dan merah)
  • 1/2  labu bawang besar - dipotong halus
  • 1 Biji Limau nipis-perahkan
  • serai 1 batang-potong halus-halus
  • Gula dan garam
  • sedikit ajinamoto
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara

1- rebus sotong dgn sedikit ajinamoto.
2-masukan mangga.cili.bawang.serai.dan gaul sebati.
3-masukan air asam jawa.pecahkan limau.dan garam,gula hingga sebati.
4-tutup api dan sedia unutk dihidang

inilah salah satu makanan favorites hubby..kalau buat ni mesti 3kali tambah..hubby selalu kata masakan  isteri tercinta yang penuh kasih sayang sentiasa mebuatkan dirinya bersyukur atas kurniaan allah memberikan dia seorang  isteri..bertapa shadu je dengar habby cakap macam tu..dan aku sentiasa bersyukur atas segala dugaan dan kebahagiaan yang allah kurniakan.yang terpenting hati ku BERBUNGA RIANGLAH bila habby puji..hehhehehhe..siapa tak suka kalau suami puji masakanya..ooii..hehhehhehe
sekian coretan menuku..

NUKILAN ADISUFIZ


Isnin, 26 September 2011

SALAM PEMBUKA BICARA

ASSALAMUALAIKUM..

salam sejahtera kami ucapakan
pada hadirin pembaca sekalian
salah dan silap harap dimaafkan
semoga zahraadisufiz dapat mencoret perasaan..

semua manusia hidup di dunia ini mempunyai tanggungjawab tersendiri dan mempunyai dugaan yang tersendiri..dugaan adalah penghapus dosa-dosa..insyaallah

my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...