Sabtu, 15 Oktober 2011

Doa Kasih Sayang Suami Isteri



Bagi yang dah berumah tangga macam saya marilah kita bersama-sama amalkan doa kasih sayang ni..supaya jodoh kita,kasih sayang kita suami isteri akan berkekalan hingga hayat..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kek Milo

salam semua..semoga semuanya sihat-sihat belaka ye..erm hari ni hari jumaat yang indah..mood rajin je..hari ni saya buat kek Milo kukus la..maklum lah rumah saya tak de oven.apa2 pun kukus je lah..tu je lah yang ada..kalau ada rezeki nanti saya nak beli oven lah..hehehe..kalu kak umh mak mesti best sebab ada 2 oven.satu oven nenek saya buat bahulu..dulu saya selalu tolong nenek buat kek bahulu tempahan pun banyak tapi sekarang nenek pun dok rok dah..lagipula saya dah kahwin dan juk jauh jadi tak de orang nak tolong.nenek saya masak memenag terbaik..eh..eh..dah melarat plak saya ni..hehhehe maaf je terlanjur ingat nenek dikampung..nnt saya cerita pasal nenek kesaynagan saya je..hari ni saya nak bagi resepi kek Milo..senang je buat kek Milo ni..resepinya di  bawah ni ye..


ni lah kek saya..maaf lah tak pandai nak deko..hehehhe
selamat menjamu selera..


bahan2
1 cwn milo
1 cwn gula pasir
1cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan mentega
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sd soda bikarbonat
1 sd serbuk penaik
3 biji telur
cara2:
1-masak milo,gula,susu,mentaga dan minyak seketika.
2-ayak tepung.sodabikarbonat,serbuk penaik.
3-pukul telur sehingga kembang.campurkan bahan yang dimasak tadi seta masukan sedikit demi sedikit bahan yang yang diayak.pukul sehingga sebati.
4-panaskan kukus.setelah panas kukus kan kek milo selama 1 jam 15 minit.dah siap bolehlah dimakan.

Rabu, 12 Oktober 2011

doa awal tahun dan akhir tahun hijrah


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke

Selasa, 11 Oktober 2011

Kek Batik Marrie

 salam semua..hari ni saya nak kongsi cerita pasal kek batik marrie saya ni yang dah berlapok kot dalam buku resepi saya tu..hehheheh..maklum lah dah lama tak buat terpaksalah tengok buku resepi balik.resepi ni saya wat masa tingkatan 3.ni dah kawin baru nak wat balik.gara-gara ku nak wat ni sebab hubby ku beli biskut marrie banyak sangat dia kata teringggin nak makan biskut marrie.last2 wife dia ambik sikit biskut marrie diawat kek batik..hehehe..dah wat malam tu ada kawan2 hubby datang..dan molek lah makan sama-sama.dah saya paling suka habis licin pinggan dan wife kawan hubby siap mintak resepi lagi..hehehee
dan hari ni saya nak share resepi ni di blog saya..ni lah rupa kek batik marrie saya.


Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

 

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

AYAM PERCIK

AYAM PERCIK KESUMA DEWI
Bahan A
8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]
10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat

1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

sumber dari: chef hanieliza

KETUPAT SOTONG

KETUPAT SOTONG


Bahan-bahannya:1 kg sotong
400 gm beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 s/b halba
4 cawan santan [1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 s/k gula
garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

Ahad, 9 Oktober 2011

my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...