Sabtu, 8 Oktober 2011

puding roti karamel,

Bahan-bahan :3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis 
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna کونینگ

Cara-cara:- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.

Jumaat, 7 Oktober 2011

kek coklat kukus moist

 
 
Bahan2:

2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda

*semua bahan2 ni diayak...

3 biji telur

2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)

1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)

1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)

1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat



Cara Membuatnya:

- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.

- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)

- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)

- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.

- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.

- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.

- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).
- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.
- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.

- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

Puding Roti Karamel Lapis Coklat

 Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning

kerabu sotong mangga

 

KERABU SOTONG MANGGA ADISUFIZ

 

 

 

 

 

Bahan-bahan ( 4-6 )

  • 1 biji mangga muda (diparut)
  • 2 ekor sotong- bersihkan dan rebus
  • 3 batang cili padi  ( hijau dan merah)
  • 1/2  labu bawang besar - dipotong halus
  • 1 Biji Limau nipis-perahkan
  • serai 1 batang-potong halus-halus
  • Gula dan garam
  • sedikit ajinamoto
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara

1- rebus sotong dgn sedikit ajinamoto.
2-masukan mangga.cili.bawang.serai.dan gaul sebati.
3-masukan air asam jawa.pecahkan limau.dan garam,gula hingga sebati.
4-tutup api dan sedia unutk dihidang

inilah salah satu makanan favorites hubby..kalau buat ni mesti 3kali tambah..hubby selalu kata masakan  isteri tercinta yang penuh kasih sayang sentiasa mebuatkan dirinya bersyukur atas kurniaan allah memberikan dia seorang  isteri..bertapa shadu je dengar habby cakap macam tu..dan aku sentiasa bersyukur atas segala dugaan dan kebahagiaan yang allah kurniakan.yang terpenting hati ku BERBUNGA RIANGLAH bila habby puji..hehhehehhe..siapa tak suka kalau suami puji masakanya..ooii..hehhehhehe
sekian coretan menuku..

NUKILAN ADISUFIZ


my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...