DOA


ANTARA DOA-DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

1.         Amalan setiap hari Suami dan Isteri (selepas solat Subuh sebaiknya)
·         Baca Bismillah 1 kali
·         Kemudian selawat ke atas Rasulullah saw 10 kali
·         Setelah itu, baca kalimah syahadah 101x
·         Sujud dan mohonlah kepada Allah SWT (contohnya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
·         Tutuplah doa tersebut dengan membaca selawat ke atas Rasulullah 3 kali  
    
2.         Bacalah "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air .
3.         Suami dan isteri perlu amalkan membaca zikir "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum `bersama’;

4.         Suami dan isteri perlu amalkan membaca zikir “Ya Khaliq”, “Ya Bari” dan “Ya Musawwir” dalam hati semasa `bersama’; 

5.         Isteri hendaklah mengamalkan zikir "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari dan berniat di dalam hati;

6.         Amalkan membaca Surah Al-Waqiah selepas subuh.

7          Amalkan membaca Surah Al-Mulk selepas maghrib.

8.         Amalkan membaca Surah Yusuf dan  Surah Maryam.

9.         Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat atau kepada bayi-bayi yang baru lahir;

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda untuk memperolehi zuriat.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa


doa pembukaan  12 pintu kebaikan



"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sumber Daripada  Dr Ustaz Fadzillah Kamsah

my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...