Jumaat, 29 Oktober 2010

Berita Gembira

Tajuk kali ni yang nak ku ceritakan ialah BERITA GEMBIRA..mesti semua dah dapat agak N3 yang nak ku sampaikan ini.hehehehesemua wanita yang sudah berkahwin mahupun wanita yang belum berkahwin pasti inginkan sebuah rumah tangga yang harmoni,bahagia dan dikurnikan zuriat/anak-anak yang soleh dan solehah.bergitu juga dengan saya.saya inginkan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang,berdindinkan keikhlasan,kekujuran serta bertiangkan ajaran agama islam.

Berita gembira yang hendak disampaikan adalah saya di sah kan HAMIL setelah beberapa bulan berkahwin.perasan yang tak boleh diluarhkan dengan kata-kata.hanya senyuman yang terukir..saya panjatkan syukur kepada ALLAH kerana memberikan saya rezeki zuriat..ALHAMDULILAH..
usia kehamilan saya adalah 9 minngu. hubby suka sangat..asik suruh panggil dia dengan panggilan Papa ye..kelakar rasanya..manis untuk dijadikan kenangan.Anak sulung ku ada dalam Rahimku..
ya Allah indahnya ciptaan mu..

Alhamdulilah saya tidak ALAHAN seperti wanita hamil yang lain.cuma saya pantang jumpa makanan asik nak makan je..hehhehehhe..tu ar badan cepat je membesar terutama kat perut tu..selepas beberapa minggu saya perlu cek kehamilan pada usia kandungan 12 minggu pula..cerita seterusnya bersambung.....dengan tajuk Kekuasanmu Ya Allah..

ni adalah salah satu gambar waktu kehamilan saya 3 bln/12 minggu..tengok gebu dah muka saya..hehehehe

Isnin, 11 Oktober 2010

BERMULANYA AKU MENJADI SEORANG ISTERI

pada hari yang mulia hari penghulu segala hari iaitu hari jumaat18 jun 2010 tepat jam pukul 8.30pm dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada en.nasrul hadi bin mohamad iaitu pilihan hatiku.setelah 4 tahun perkenalan kami akhirnya kami disatukan dengan penuh rasa syukur ku panjatkan pada mu illahi..ya allah aku bersyukur kerana kau memberikan aku jodoh/pasangan hidup di dunia mu ini.dibawah adalah gambar pernikahanku..aku syukur dengan kebahagian ini ya allah peliharalah aku menjadi isteri yang solehah,bimbinglah kami kejalanku,berikanlah kami kehidupan yang sakinah.mawaddah,warahmawarahmah dan diberkatimu dunia dan akhirat.

keesokan hari nya berlangsung hari persandingan kami di kediaamanku di batu gajah,perak darul ridzuan..pelbagai perasaan yang kursakan gembira,sedih,terharu dan tidak percaya semuanya bercampur gaul.aku adalah anak ke4 daripada adik beradiku,suamiku pula adalah anak ke 5 dari 8 beradik.berikut adalah gambar-gambar persandingan kami yang berlangsung pada 19 jun 2010(sabtu).








Isnin, 27 September 2010

DETIK KU MENJADI MILIKMU

EPISOD KALI INI BERTAJUK DETIK KU MENJADI MILIK MU..







hatiku tidak keruan kerana kau masih dalam perjalanan ke rumahku..perjalanan yang agak jauh dan berliku-liku..dari terengganu ke batugjah perak memakan masa 8 jam tetapi bakal suami ku ikut cameron jadi 6 jam sahaja.hatiku asik memikirkan kan dan ku tak berhenti berdoa agar dia dan sanak saudaranya selamat.setelah dia call barulah lega hatiku keran dia menyatakn dia dan keluarganya selamat sampai di hotel tempahan kami. pada malam 18 jun 2010 jumaat kami akan dinikahkan.hatiku bersa tidak menetu..apa yang ku fikir pun akau tak tahu.semua yang ku lakukan jadi serba tidak menetu..persaan takut,sedih,gumbira semua nya ku rasai waktu itu.
tepat jam 8.40 pm,dengan sekali lafaz ku sah menjadi milikmu wahai suamiku..inilah detik2 yang sempat ku paparkan buat kenagan kami nanti...

Sabtu, 18 September 2010

tanggung jawab suami isteri

Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:

1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.


Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:

1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.

Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.
(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Jumaat, 17 September 2010

PERJALANAN HIDUPKU DAN DIA

pengalaman yang tak penah ku lupakan..menjadi memory antara aku dan dia..ku kenalinya di bangku akhir sek. men. tidak ku sangka hanya sekali je bertemu kami menjadi kawan..setelah aku habis spm aku melanjutkan pelajaranku di peringkat diploma.aku mengenalnya dengan lebih akrab di sem pertama aku menuntut.pelbagai situasi yang kami lalui..kali pertama bertemu dia aku rasa merah padam muka aku.tapi dia selambe je..bajet macho lah tu.dia naik bas bersama,makan bersama jalan.seronok i;le waktu tu.dia ceritakan kisah hidupnya.dia pandai mengambil hatiku,dia sering membuat ku ketawa.mula2 rasa macam tak de lah suka sgt kat dia..tapi after dah couple rasa serasi dan saling faham memaham tua ader..berapa kali waktu sem 4 dan sem 5 dia kata nak merisikk dan bertunag tapi aku tolak kerana aku takut mak marah ye lah belum habis study lagi aku dah ada orang mintak.jadi aku mintak tangguh hingga akhir belajar.kami rancang nak  kawain 1/1/11 tetapi jodoh kami awal kami dinikahkan pada 18/6/2010.

setelah 4 tahun perkenalan kami diijab kalbulkan..bertapa indahnya ku rasa..cinta kami akhirnya ke jinjang pelamin.semoga jodoh kami hingga ke akhir hayat kami.ramai kawan ku yang tak sangka aku mahu bernikah di usia yang muda..maklumlah jodoh pertemu,ajal maut di tahan tuhan.kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanya.

seterusnya kita kana bersambung kisah ini dalam episod DETIK KU MENJADI MILIKMU...

Selasa, 13 Julai 2010

My Weading 19 Jun 2010 Slideshow

My Weading 19 Jun 2010 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ My Weading 19 Jun 2010 Slideshow ★ to Kuala Terengganu and Perak. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Jumaat, 18 Jun 2010

DETIK KU MENJADI MILIKU 2

Setelah hari pernikahan kami.tibalah hari persandingan kamidi kediaman ku iaitu di kampung batu 6, jalan tanjung tualang,31000 batu gajah,perak darul ridzuan.hari persandingan kami berlansung 11.00am-5.30 pm.
ramai yang datang memeriahkan hari bahagia kami.syukur alhamdulillah semuanya allah permudahkan buat kami. Insyallah Allah akan sentiasa memelihara kami.di bawah merupakn serba sedikit gambar persandingan kami dan gamabr photo short kami..

                   
 

         Detik ini ku menjadi milikmu                                          
Bimbinglah aku menjadi Isteri solehah
Berilah aku kasih sayangmu,keikhlasmu,             
Semoga mahligai yang kita bina ini
Berkekalan hingga syurga..
Jika Aku pergi dulu darimu
Janganlah kau tangisi
Jika kau pergi dulu
Ku iklhaskan kerana allah..
Semoga allah pelihara kita
Hingga ke syurga..










Selasa, 9 Oktober 2001

my baby

 BabyFetus Ticker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...